Selasa, 16 September 2014
Try buat novel :P
PROLOG
Sabah, 1993
“Leha, Iq, Ish, sudah habis kemas barang?”
“Sudah!” Mereka menjawab serentak.
“Okey, turunlah sekarang. Jap lagi kita gerak pergi KK.” Ketiga-tiga budak itu turun ke tingkat bawah setelah hadis berkemas. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada bibik mereka yang sudah lebih lima dekad menjaga keluarga tersebut. Merek kemudiannya masuk ke dalam kereta dan mula bergerak meninggalkan vila Archam yang agak jauh dari rumah-rumah yang lain. Di simpang jalan untuk ke vila itu, terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang berdiri sambil melambai ke arah kereta yang bergerak itu. Seorang daripada budak itu memegang kotak yang dibaluti kertas pembalut berwarna ungu. Budak itu juga memegang bunga ros dan wajahnya kelihatan muram.
***
1998
“Intan, sorry Tan, Ana terpaksa pindah. Mama Ana kena tukar tempat kerja di sana. Mmm, nanti hujung tahun kami baliklah kalau dapat, okey?” “Yalah, jangan lupa nanti,” Intan menjawab acuh tak acuh. “Ala, janganlah sedih sangat, nanti Ana hantar poskad setiap bulan.”
Puan Asmah muncul dan lantas kedua-dua budak perempuan itu berpelukan memandangkan masa untuk mereka semakin singkat. Tidak lama kemudian, sebuah kereta Wira berhenti di depan mereka dan Puan Asmah mengangkat barang-barang mereka ke dalam kereta. Intan menolong apa yang patut. Habis sahaja memasukkan barang yang terakhir, Intan bersalaman dengan Ana dan Puan Asmah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan